cintai lah orang yang kamu cintai sewajarnya saja,
kerana dia mungkin menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti...
benci lah orang yang kamu benci sewajarnya saja,
kerana dia mungkin akan menjadi orang yang kamu cintai pada suatu hari nanti...
seperti mana yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu..:
di sudut pasar Madinah, terdapat seorang pengemis buta yang tua lagi uzur berbangsa yahudi... setiap hari datang seorang pemuda yang berhati mulia menyuapkan makanan kepadanya... sambil makan, si tua mencela dan menghina Nabi Muhammad SAW... katanya:
"wahai anak muda, jangan kau dekati Muhammad! Dia itu pembohong, Dia itu Tukang Sihir!
Jika kau dekatinya, maka kau akan dipengaruhinya!"
begitulah sikap si tua sehingga suatu hari dia mengeluh... 'di manakah si pemuda mulia itu?'
Datang seorang pemuda yang lain pula menyuapkannya tapi dia merasakan perbezaan yang sangat nyata... lalu dia bertanya... " Kau kah yang selalu datang kepada ku?"
Si pemuda menjawab... " ya, aku lah orang itu..!"
Jawab Si tua... " Engkau berdusta! Aku dapat merasakan perbezaannya..!"
Kata si pemuda pula... " Maafkan saya pak cik... Memang bukan saya yang selalu datang kepada pak cik.."
Si tua bertanya lagi... " Siapakah si pemuda mulia itu wahai anakku?"
Jawab si pemuda... " Dia adalah Muhammad SAW! Malangnya baginda sudah wafat..."
Si tua terkejut bukan kepalang lantas mengalirkan air mata lalu mengucapkan syahadah bersaksikan si pemuda tersebut iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
begitulah kemuliaan dan kecintaan Baginda SAW... Baginda tidak berdakwah dengan lidah sahaja tetapi dengan hati nuraninya...
apa salahnya kalau kita menunjukkan keikhlasan cinta kita kepada yang tersayang dengan menjadikan kisah ini sebagai panduan.. kita tidak perlu untuk terlalu mengejarnya,
cukup hanya dengan menunjukkan keikhlasan kita bahawa kita terlalu menyayangi dan mencintainya...
lambat laun dia pasti akan mengetahui nya walaupun pada ketika itu semuanya sudah terlambat...
No comments:
Post a Comment